Selasa, 2 November 2010

Jika sepasang KEKASIH...


Jika sepasang kekasih….
Berdating di taman …
KITA pula tidak sabar-sabar berdating…
 dalam majlis ilmu penuh keberkatan..
Jika sepasang kekasih….
bercumbuan dalam sembunyi di bawah cahaya rembulan…
Berdua-duan jauh dari orang …
KITA pula berkasih sayang dalam sembunyi dan terang…
 tanpa takut dan bimbang…
 penuh kesucian….
JIka sepasang kekasih….
 sering bermain madah berhelah…
 KITA pula berhibur dengan madah kalamullah…
JIka sepasang kekasih sering memadu rindu…
Atas rangsangan nafsu…
 KITA pula berkasih atas landasan ukhwahfillah…
 bebas dari dorongan nafsu semata dinaungi kasih pencipta…
Jika sepasang kekasih….
 menunaikan apa sahaja kemahuan buah hatinya…
Kita pula berusaha sedaya upaya…
 menunaikan apa sahaja kemahuan pencipta kita…
Jika sepasang kekasih memejam mata pada aib pasangannya…
 kerana saling menjaga hati…
 KITA pula sentiasa menjaga akhlak dan pekerti dan saling nasihat-menasihati…
 agar peribadi makin berkualiti…
Jika sepasang kekasih….
 merasakan dunia ini mereka yang punya…
 KITA pula sentiasa menyedari hakikat dunia ini Allah yang punya…
Jika sepasang kekasih….
 sanggup berkorban harta,keluarga dan maruah demi cinta…
 KITA pula sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agungNya…
 dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya…
Indah kalam rasul junjungan…
 mengajar erti perjuangan …
perlukan keteguhan azam, istiqamah dan  tetap pendirian…
jangan mudah terhalang…
 janji Allah pasti akan datang.
Rasuh bermadah lagi satu janji…
satu inspirasi Islam takkan ditandingi…
 Islam itu tinggi…
 dan tiada yang lebih tinggi daripadanya…
Cuma belum pasti adakah kita tinggi peribadi…?
Untuk memikul amanah suci…
 bagi merebut pandangan  illahi…
 sebagai Jiilul Quran yang tersendiri….
Duhai sahabat sejatiku…
Ketinggian seseorang kerana iman…
Oleh itu hilangkan kesedihan dan ambil pengajaran daripada surah ali Imran…
Pujuklah jiwamu dengan janji  ar- Rahman..
Janganlah kamu bersikap lemah…
Dan janganlah pula kamu bersedih hati…
Padahal kamulah oaring-orang yang paling tinggi darjatnya…
Jika kamu seorang yang beriman…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan