Ahad, 31 Oktober 2010

Husnul Khatimah...

Setelah manusia menjalani tempoh usia tertentu yang ditetapkan oleh Allah S.W.T yang Maha Kuasa, seseorang itu pasti akan menempoh akhir kehidupan iaitu kematian.Setiap manusia pasti akan menempuh kematian dan kematian itu akan menemui kita pada bila-bila masa sahaja. Kematian akan menjelma sama ada melalui penyakit, kemalangan, bencana dan sebagainya yang telah ditentukan oleh Allah Taala sejak azali lagi. Ketika saat yang ditentukan oleh Allah itu tidak akan berubah dan berganjak biar sedetik pun dan akan datang tanpa diundang.
Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 185 :
  • Maksudnya : “Setiap jiwa manusia pasti akan menempuh mati”.
FirmanNya lagi dalam surah An-Nisa’ ayat 78:
  • Maksudnya : “Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh”.
Husnul Khatimah bermaksud berakhimya kehidupan manusia di dunia dengan kesudahan yang baik sebaliknya su’ul khatimah iaitu berakhirnya kehidupan manusia sebagai penyudah yang buruk. Oleh itu, kita sebagai manusia hendaklah berusaha mendapatkan husnul khatimah pada penghujung kehidupannya.

Video ini sebagai peringatan buat diriku dan saudara-saudari sekalian tentang Seorang ustaz yang mana senantiasa istiqamah dalam menyampaikan dakwah sehingga tiba ajalnya ketika di dalam berdakwah.SubhanaAllah....