Aku ingin KITA…
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq
persahabatan terjalin kerana al khaliq…
harta dikorban bukan sedikit …
cintakan kebenaran, sanggup bersakit…
Aku ingin kita seperti tawakal ibrahim a.s…
mulia ketika meninggalkan insan tercinta…
di bumi tandus tanpa bicara…
menyakini Allah sebagai penjaga…
Aku impikan antara kita seorang umar…
berdiri tatkala tunduknya manusia…
Bersuara tatkala diamnya mereka …
menggerunkan musuh durjana…
Aku rindukan senyuman syed al-Qutb …
ketika berhadapan dengan tali maut…
akidah mantap tidak terenggut…
roh dakwahnya tidak surut…
Aku ingin kita seteguh ibn zubbair …
menahan panahan Hajjaj …
dengan rela bersama si ibu tua…
lantas Syahid rohnya diangkat…
ke syurga…
Marilah kita menyemai benih mujahid Hassan al banna…
fikrahnya jernih mengegar dunia…
merelakan tubuhnya dimamah peluru…
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul…
Aku cintakan pemuda Ghiffari…
menentang kezaliman walaupun diancam…
moga kan lahir lagi di abad ini…
jiwa jitu pemuda yang tak pernah sulam…
Aku ingin kita sepemaaaf yusuf a.s…
tetap mencintai dan menolong saudaranya …
walaupun pernah dihumban keperigi tua…
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya…
Aku ingin pusara kita harum mewangi …
bagai harumnya pusara Masyitah semerbak kasturi…
kerana hebatnya iman mempertahan syahadah…
ketika di keliling kekufuran …
Duhai teman sejatiku….
aku ingin persahabatan indah ini…
bolah menjadi syafaat di mahkamah mahsyar nanti …
ketika semua umat manusia gusar…
mencari perlindungan …
Ya Allah….
tatkala bahan Mahsyar MU menjilat tubuh…
izinkan kami sama-sama berteduh…
tatkala mizan Mu teliti mengira…
beratkan neracanya atas setiap jasa…
naungi kami di sana…
berkat kasih keranamu semata-mata…
Andai kulayak ke syurga ku pinta dia bersama…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan