Sabtu, 3 September 2011

Kedah : Pencapaian cemerlang dalam 3 tahun


Dalam diam tak diam, sudah tiga tahun lebih Pakatan Rakyat berjaya mentadbir dan membela nasib rakyat negeri kedah ini. Sedar ataupun tidak sudah 82 peratus Manifesto telah terlaksana. Pakatan Rakyat khususnya PAS Kedah jelas bukan jenis yang mendabik dada atau menjaja sini sana.

Buktinya, lahirlah buku risalah Manifesto yang menyenaraikan 15 perkara utama yang telah dijanjikan oleh PAS semasa Pilihan Raya Umum ke -12 yang lalu. Lebih telus lagi, risalah itu juga menyenaraikan 7 perkara yang belum dilaksanakan. Ini termasuklah 3 bahagian yang membicarakan 46 perkara yang telah dilaksanakan dan 3 perkara dalam proses.

5 Pencapaian Cemeralang yang tidak tertulis atau berdasarkan Manifesto, juga tercapai matlamatnya. Antaranya Skim Kafalah untuk membantu golongan miskin apabila berlaku kematian tanpa mengira fahaman agama, bangsa dan politik.

Ini termasuklah kejayaan untuk membina Kampus Induk Kolej Insaniah di Kuala Ketil dengan nila RM330 juta yang dijangka siap dua tahun lagi manakala berjaya mewujudkan 42 subjek pengajian berbanding hanya tujuh ketika diperintah kerajaan terdahulu.

Ustaz Azizan dan Pakatan Rakyat tidak langsung meninggalkan kudis kepada rakyat yang semakin cerdik menilai. Tidak perlu retorik kosong atau berapi ucapan, memadai fakta dan statistik yang tidak boleh disembunyikan.


Bayangkan kerajaan negeri berjaya meningkatkan hasil kutipan premium balak sebanyak RM53 juta pada tahun 2010 bahkan mendapat pujian dalam Laporan Ketua Audit Negara (2009) dan buat pertama kali dalam sejarah negeri Kedah, ekoran perancangan startegik yang dilaksanakan, Defisit Belanjawan 2010 sebanyak RM16 juta telah berjaya diatasi.

Laporan Ketua Audit Negara turut menyatakan Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sebanayk 205 peratus hasil balak berbanding 2007, hasil pemberian konsesi secara tender terbuka.

Dalam pentadbiran tiada 'hidden cost' ataupun 'under table'. Semua orang kenal dengan ketegasan Ustaz Azizan berhubung rasuah malah motto pentadbirannya adalah 'Sifar Rasuah' membuktikan apa yang dicakap, dilaksanakan sebaiknya. Bukti, tiada kes rasuah yang disabitkan kepada pemimpin kerajaan mahupun pegawai sehingga kini. Jika ada kelak, hukuman berat menanti mereka dan pasti meraka tidak akan dilindungi, kata Ustaz Azizan.

Bagi yang belum mengetahui, Menteri Besar (MB) dan Exco telah membuat pemotongan gaji dan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud. Pengurangan elaun mesyuarat juga dilakukan bagi MB dan Exco yang menjadi anggota Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC).

GLC pula buat pertama kali dalam sejarah telah berjaya menyumbangkan sejumlah RM30 juta kepada kerajaan negeri. Selain itu kerajaan negeri 'rela' rugi kira-kira RM50 juta setahun semata-mata tidak mahu mebebankan rakyat apabila mengurangkan kadar cukai tanah 25 sehingga 75 peratus sebaik megambil-alih pemerintahan.

Untuk rekod, elaun sebelum ini (sebelum Pakatan Rakyat memerintah) mencecah sehingga RM 7 juta setahun berbanding kini tidak sampai RM 2 juta setahun.. Bagi mengurangkan kos perbelanjaan MB meminumkan perjalanan ke luar negara dan hanya 3 kali sahaja sepanjang tiga tahun mentadbir.

MB tidak mempunyai jet khas dan tidak tinggal di hotel mewah ketika ada urusan kerja di Kuala Lumpur, sebaliknya hanya tinggal di apartment biasa yang disewa kerajaan negeri.

Hanya berdasarkan fakta ini sahaja, sudah cukup membuktikan ketelusan dan keadilan yang dibawa  oleh kerajaan negeri kedah sekarang. Apatah lagi jika disenaraikan kesemua perkara dalam Manifesto. Tidak cukup dengan itu, Manifesto juga turut menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai hak dan kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing. Kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan kepentingan kaum lain khususnya melibatkan perayaan agama dan aktiviti budaya masyarakat berbilang kaum.

Untuk itu, kerajaan negeri telah memperuntukan RM1.5 juta kepada masyarakat Cina, India dan Siam bagi aktiviti yang berkaitan. Selain itu, sejumlah RM180,000 telah diberikan kepada 3 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Persendirian manakala RM200,000 untuk lebih 20 sekolah cina yang mengahdapi masalah bil tertunggak kerana tidak dibantu Kementerian Pelajaran.

Tiga fakta ini, telah memperlihatkan sikap Kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak pernah mendiskriminasikan kaum di negeri ini. Begitu juga melibatkan sekolah agama rakyat yang tidak dibantu kerajaan, kerajaan negeri sering menyumbang dana sejak 2008 kepada sekolah terbabit secara tahunan malah melalui Tabung Tunku Mahmud, hasrat membantu pendidikan agama dan kemiskinan di Kedah dapat direalisasikan.

Kelas-kelas pengajian agama juga telah dilaksanakan di kebanyakan tempat termasuklah di kediaman Rasmi MB di Seri Mentaloon pada setiap Sabtu, Bangunan Menara Zakat dan pusat-pusat pengajian tradisional (pondok) yang mendapat sambutan ribuan peserta.

Produk terbaru ialah mewujudkan sebuah Mahad Tahfiz Sains di Pualu Tuba di Langkawi yang akan memulakan sesi pengajian pada 2012 di Kulim buat sementara projek disiapkan.

Bagi melahirkan pembangunan Insan, Manifesto juga turut menyenaraikn penubuhan agensi Pembangunan Keluarga Bahagia bagi menangani persoalan dan masalah berkaitan keluarga. Ini termasuklah Program Bina Sahsiah yang telah menganjurkan Kem Bina Insan, Kem Anak Soleh dan Kem Bina Sahsiah untuk anak remaja sebagai generasi pemimpin pelapis masa depan.

Untuk mengukuhkan lagi jati diri anak-anak muda pelbagai kaum sebuah, Pusat Latihan Belia (Multi Etnik) telah diluluskan penubuhannya di Sungai Petani melibatkan kos RM3.5 juta.

Tidak lengkap, sekiranya tidak mebicarakan tentang projek pertanian dengan konsep ingin menjadikan Kedah sebagai 'Belanda Timur'. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM13 juta kepada Jabatan Pertanian Negeri Kedah bagi menggandakan usaha memajukan sektor ini. Kedah telah muncul sebagai negeri kedua pengeluar nanas terbesar di negara ini malah akan memiliki 10,000 ekar ladang itu menjelang 2015.

Manakala pusat pengumupulan, kilang memproses dan mengetin buah-buahan yang dibina di Sungai Petani sudah memulakan operasi pada bulan ini. Hasil daripada daya uasaha kerajaan negeri yang tidak putus-putus, sudah pasti membantu banyak petani, peladang, penternak dan industri kecil dalam menambah pendapatan kehipan masing-masing.

Apalagi yang ingin dipertikaikan, tatkala fakta 'sudah terang lagi bersuluh' ditampilkan. Sepanjang Barisan Nasional diberi peluang memerintah di negeri ini, pencapaian dan siri-siri kejayaan Pakatan Rakyat, tidak pernah muncul dan dilaksana oleh mereka sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, mereka meninggalkan kerajaan negeri dengan beban hutang yang banyak seperti penswastaan air di Langkawi sehinga tidak mendatangkan sebarang keuntungan.

Setelah meninggalkan sisa, mereka juga menambah tuduhan dengan 'meracun' fikiran rakyat dengan siri-siri 'gangguan' dan demonstrasi berkaitan kadar air naik, perumahan rakyat yang tertunggak bayaran sewa, menyeru imam-imam supaya tidak mematuhi arahan Majlis Agama Islam di bawah perkenan Sultan Kedah dan menuduh kerajaan negeri 'lepas tangan' ketika banjir besar yang melanda Kedah.

Semua episod-episod 'mengacau' yang disifatkan 'Gila talak' ini, mati ditelan masa begitu sahaja kerana apa yang dilaungkan tidak sama seperti yang berlaku di depan mata rakyat. Semua jelas dan terzahir. Rakyat mengenali siapa Ustaz Azizan, kepimpinan Pakatan Rakyat dan parti komponen yang ada, yang terbukti berkhidmat untuk rakyat dan negeri yang tercinta.

Maka Manifesto ini, sebagai menguatkan lagi tindakan serta usaha kerajaan Pakatan Rakyat selama ini sekaligus menenggelamkan khayalan dan mimpi Barisan Nasional untuk berbulan madu ditampuk pemerintahan lama, yang semakin jauh di mata, jauh lagi di hati rakyat.
 credit to 
yusof hadhari...


Rabu, 24 Ogos 2011

Apabila Mukmin/Mukminah Jatuh Cinta...(dari sahabat buat sahabat)


Cinta..fitrah insan..sangat indah..amat asyik..Allahu Rabbi..
Namun, disebalik sebuah kisah cinta itu, terselit secalar kegelisahan dan kebimbangan di hati seorang mukmin. Tatkala hati suci itu diketuk oleh cinta seorang yang tidak halal buat dirinya, pasti hatinya penuh rasa getar dan takut.

Pelik bukan? Mana mungkin seseorang itu apabila jatuh cinta, hatinya penuh dengar onar-onar kedukaan dan kesedihan. Sepatutnya senyuman yang paling manis terukir dibibir dan kegembiraan melakar indah pada wajahnya.Sudah pasti hati ini ingin memberikan sepenuh kasih dan sayang kepada dirinya. Ingin sekali merinduinya sentiasa, ingin sekali bersua muka dengannya, lantaran mabuk terkena panahan jarum-jarum cinta. Nikmat bukan apabila terkena haruman cinta?

Mukmin itu cintanya bulat kepada Allah, Seseorang apabila sudah tenggelam dengan kedalam lautan cinta Allah, pasti dirinya keluh kesah apabila hatinya dicuri oleh seorang hamba yang tidak halal baginya. Mana mungkin hatinya bisa tenang dan tenteram  apabila diganggu oleh embun-embun rindu kepada si dia. Mana mungkin Mukmin itu masih mampu tersenyum saat cintanya kepada Allah disirami dengan racun dan duri cinta yang tidak halal untuknya.

Tiada senyuman bahagia terukir dibibirnya, tiada rona-rona malu melakar diwajahnya, tiada ketenangan  pada raut wajahnya, Yang ada hanyalah ketakutan yang teramat sangat apabila cintanya kepada Allah mula diracuni, Yang ada adalah malam-malam yang penuh dengan airmata penyesalan. Cintanya tidak lagi sesuci embun pagi apabila rindu mula mendiami dan berlegar-legar di dalam hatinya , perlahan-lahan rindu itu menghakis kesucian cinta Ilahi yang gagah terbina dulu.

Bukan!! Bukan cinta dan rindu itu yang dinantikan, bukan harapan untuk sentiasa ada dihatinya, Tiada kata-kata rayuan yang dipinta, Yang ada adalah kesakitan yang amat dalam, keperitan yang amat tajam, Kesedihan yang amat terperi seakan-akan menikam-nikam.

Alangkah kasihan mukmin itu, Ketenangan yang dimiliki dulu dirampas, kebahagiaan dulu dihakis-hakis lebur bagaikan debu. Maka bersabar lah duhai Mukmin, mintalah Allah untuk membersihkan hatimu dari kepalsuan cinta yang tidak halal untukmu. Teruskanlah untuk mematikan rasa itu dengan menanam sedalam-dalamnya cinta kepada Allah.

Usahlah dikau bersedih jika kau kehiangan dirinya kerana menuju ketaqwaan kepada Allah, pasti pengorbanan yang dikau lakukan berbuah hasil.Pasti Allah mejanjikan untuk dirimu seorang insan yang juga bertaqwa untuk menjadi peneman hidupmu kelak, dan sudah pasti insan itu adalah yang terbaik untuk dirimu.Dan pasti si dia akan menyanyangi dirimu kerana Allah,merinduimu dengan penuh rasa kasih kepada Allah.Maka saat itu lah kamu betemu dengan kebahagian yang halal untukmu.Yakinlah pilihan Allah itu sentiasa menunggu dirimu.Pasti menunggu dengan penuh rasa sabar untuk menanti saat dua hati mula bersatu.Biarlah Allah yang tahu betapa dia terlalu menyanyangi dirimu dan biarlah Allah menjadi saksi dan perantaraan buat kamu dan dia.

“ Ketahuilah, walau jutaan tangan yang datang  menghalang kamu dan dia untuk bersatu, akan tetapi jika Allah telah takdirkan si dia untuk kamu, pasti Allah akan satukan kamu walaupun  pahit dan payah. Dan ketahuilah jua, walau berjuta tangan yang datang untuk satukan kamu dan dia, akan tetapi jika Allah takdirkan dia bukan untuk kamu, pasti kamu tidak akan bersatu, maka dengan itu perbanyakkan berdoa agar Allah memilih dia untuk kamu, dan apabila Allah sudah memilih dia untuk kamu, maka bersyukurlah dan terimalah dengan hati yang penuh dengan keikhlasan dan keredhaan, kerana dia adalah pilihan dari Allah..Terima kasih Allah ”

Rabu, 17 Ogos 2011

Salam Nuzul Quran (dari sahabat buat sahabat)


Umpama Utrujjah dan kurma
Daripada Abi Musa Al-Asy’ari, beliau berkata, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :“Perumpamaan orang Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti al-utrujjah,rasanya enak baunya harum. Manakala perumpamaan orang Mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah kurma, meskipun rasanya sedap tetapi tiada baunya.” (Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis ini, terdapat dua bidalan dan perumpamaan yang boleh dijadikan renungan kepada orang yang mencari hidayah dan petunjuk Allah SWT. Bidalan-bidalan tersebut ialah :
  • Orang Mukmin yang membaca al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya.
  • Orang Mukin yang tidak membaca al-Quran tetapi beriman dengan isi kandungannya.
Nabi Muhammad SAW mengumpamakan golongan yang pertama iaitu orang Mukmin yang membaca al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya sebagai al-utrujjah, iaitu sejenis buah limau yang mempunyai bau yang wangi dan sedap, di samping rasanya yang enak. Hal ini menunjukkan bahawa golongan Mukmin tersebut adalah terdiri daripada mereka yang telah sampai kepada tahap kesempurnaan dalam keimanan mereka yang luhur dan murni kepada Allah SWT sama ada dari sudut zahir mahupun batin. (Lihat Min Kunuz al-Sunnah, oleh Muhammad Ali as-Sabuni,hlm 71)
Menurut al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi, golongan Mukmin yang membaca al-Quran diumpamakan sebagai al-utrujjah kerana buah ini adalah buah yang terbaik, selain memiliki saiz yang besar, mempunyai rupa yang cantik serta mempunyai rasa yang enak. Kelazatannya boleh dirasai walaupun belum menjamahnya. (Lihat Tuhfat al-Ahwazi, 8/138-139)
Begitulah cantik dan indahnya mereka yang berdampingan dengan al-Quran sehingga diibaratkan dengan buah yang enak dan lazat serta mempunyai bau yang amat menyelerakan yang menjadi idaman setiap manusia.
Manakala golongan yang kedua pula iaitu orang Mukmin yang tidak membaca al-Quran tetapi beriman dengan isi kandungannya, Nabi SAW telah mengumpamakan mereka dengan buah kurma,yang mempunyai rasa yang enak tetapi tidak mempunyai bau. Seharusnya diketahui bahawa bau terhadap sesuatu makanan adalah pembuka selera kepada makanan tersebut. Seterusnya hal ini menunjukkan golongan Mukmin ini adalah terdiri daripada mereka yang suci batinnya kerana penuh dengan keimanan laksana kurma yang sedap,namun pada zahirnya tidak sedemikian kerana mereka tidak membaca ayat-ayat Allah SWT, laksana kurma yang tidak mempunyai bau. (Lihat al-Sabuni, Min Kunuz al-Sunnah, hlm. 71)

Penggunaan bidalan dan perumpamaan dalam hadis di atas amat berkesan sekali kepada mereka yang mendengarnya kerana ia dapat memberikan gambaran yang amat menarik tentang kedudukan orang Mukmin. Perumpamaan dan kiasan dalam hadis ini telah dapat memaparkan keimanan secara zahir dan batin yang sememangnya sukar dikenal pasti. Keimanan tersebut telah dijelaskan dengan baik sekali apabila ia telah diumpamakan dengan sesuatu perkara yang sudah jelas dalam kalangan masyarakat Arab iaitu sejenis buah-buahan yang terdiri daripada utrujjah(sejenis limau) dan kurma.
Mengikut bidalan dan kiasan yang terdapat dalam hadis ini, menunjukkan bahawa betapa pentingnya membaca al-Quran kerana fadhilat dan ganjarannya amat besar sekali. Oleh itu, semua umat Islam hendaklah beristiqamah dalam membaca, menghayati serta beramal dengan isi kandungan al-Quran agar hati-hati mereka sentiasa disinari cahaya taufik dan hidayah Allah SWT.




Rabu, 10 Ogos 2011

Satu Amanah:Hijjaz (jom renungkan liriknya)


Dengan Bismillah ku bermula

Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untukMu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untukNya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan...
Kita laksana bersama
Amanah dariNya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cintaNya
Oh cintaNya

“Tuhan ... Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasihMu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
DariMu...”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia...”

Selasa, 9 Ogos 2011

JANGANLAH TERLALU.... :


Jangan bangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal, kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain putih..


Jangan Bangga dan action dengan kenderaan mewah, kerana kenderaan kita adalh ven jenazah dan papan keranda..


Janganlah terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman kerana tempat tidur terakhir kita adalah di laing lahad..


Janganlah pula Ego dan bongkak kerana mampu memiliki Rumah mewah sperti istana, kita kena ingat, Rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua..


janganlah terlalu megah dengan pangkat dan darjat, kerana bila sudah tiada nanti,kita dapat gelaran Al-Marhum saja..


Janganlah Terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang kacak dan cantik, kerana bila kita mati nanti, wajah itu akan menjadi tengkorak dan menjadi santapan cacing.. 


♥ Renung-renungkan Dan Selamat Beringat ♥
♥ By Solusi ♥

Jangan lupe untuk pandang ke bawah bile berade di atas..



Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

” Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; ” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang baerhenti disini apabila saya panggil”.

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran :
Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

=========

Semoga menjadi iktibar dan renungan kita bersama…
Jangan sekali2 izinkan kerete kite kemek sebab perkara yang same..
Jadilah insan yang berhati perut..
Jangan tau bela perut je..
Inzar dari sahabat untuk sahabat


Sabtu, 6 Ogos 2011

Hakikat Bahagia





Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki