Khamis, 4 Ogos 2011

Seorang da'ie...





 Imam Syahid Hassan Al-Banna telah memberikan perumpamaan bagi perlaksanakan tugas dakwah seperti "Di setiap kota terdapat pusat penjanaan tenaga elektrik". 
Para pegawai elektrik memasang pemasangannya di seluruh penjuru kota, memasang tiang dan kabel, setelah itu aliran elektrik masuk ke kilang-kilang, rumah-rumah, dan tempat-tempat lain. Jika aliran elektrik tersebut kita matikan dari pusat penjanaannya, nescaya seluruh penjuru kota akan gelap gelita. Padahal ketika itu tenaga elektrik masih ada dan tersimpan di pusat penjana elektrik, tetapi tenaga elektrik yang ada itu tidak dimanfaatkan." 

tidak dilupakan juga Al-Qur'an Al-Karim  adalah pusat penjana "tenaga" bagi kaum muslimin. Namun begitu, sumber kekuatan ini telah dicampakkan oleh kaum muslimin itu sendiri, sehingga hati mereka menjadi gelap dan pengurusan kehidupan mereka telah rosak. Tugas kita semua sebagai da'ie adalah seperti tugas para pegawai elektrik, mengalirkan kekuatan  dan sumbernya ke setiap hati orang-orang muslim agar senantiasa bersinar dan menerangi sekelilingnya. Tatkala kita ingin memikat hati mad'u, kita harus ingat bahwa kita adalah seorang da'ie, bukan seorang ulama atau fuqaha. Tatkala kita berdakwah, kita juga harus ingat bahwa kita sedang memberikan hadiah kepada orang lain, maka kita harus mempertimbangkan hadiah apa yang sekiranya patut diberikan dan bagaimana cara memberikannya. 
Tugas seorang da'i seperti juga tugas seorang doktor yang akan memberikan ubat yang sesuai dengan penyakit yang dialami oleh pesakitnya. Adalah tidak masuk akal, sekiranya semua pesakit itu diberi ubat yang sama, kerana penyakit mereka tentu berbeza diantara satu sama lain. 


 Selain itu, seorang da'ie juga diibaratkan seperti  remote control yang dapat digunakan untuk memindahkan acara TV dari jarak yang jauh tanpa harus memakai kabel, dan bagi seorang da'i yang ikhlas serta  penuh kasih sayang  akan dapat  memasukkan apa yang ada dalam hatinya ke dalam hati orang lain dengan izin Allah. Jika tatapan matanya yang dipenuhi oleh rasa iri dan dengki itu dapat memberikan mudharat, maka tatapan matanya yang dipenuhi rasa iman dan kasih sayang akan menimbulkan cinta dan keimanan...WaAllahu'lam...




Inzar 1 dari sahabat buat sahabat...


 Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, 
Hamka mengarang Tafsir al-Azhar dari balik jeriji penjara,

Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria.

Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa,aman tanpa gangguan..?..semoga kita sama-sama berfikir..

          Ayuh menulis demi manfaat bersama...

Selasa, 2 Ogos 2011

Kata-kata dari sahabat handai Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kaunseling semasa sesi penutup bersama Puan Hafiah semasa semester 6...disimpan sebagai KENANGAN...


gambar bersama semasa semester 2

Seorang Yang Baik Hati, Sentiasa Senyum Dan Hepi Sokmo, Pemurah, Berbudi Bahasa, Suka Membantu, Suka Menolong, Lemah Lembut, Disiplin Tinggi Dan Tegas, Orang Yang Menjaga Adab, Cantik Apabila Tersenyum, Sopan Santun, Ikhlas, Jujur, Amanah, Baik Hati, Selalu Baik, Banyak Pengetahuan Tentang Isu-Isu Semasa, Banyak Idea, Boleh Berbincang, Pendiam, Sopan Santun, Baik Hati Sahabat Dunia Dan Akhirat, Tolong Orang, Manis, Banyak Berkongsi Maklumat, Fleksibel, Boleh Berdikari, Sahabat Yang Baik, Pemurah, Suka Membaca Buku Ilmu, Suka Cakap Loghat Kedah, Berani Pandang Ke Hadapan, Semangat, Baik Hati Dan Berfikiran Terbuka...

CERPEN REKAAN KU (Tiada Kaitan Antara yang hidup & mati): sambungan ke- 2



Bagi Arah setelah melalui banyak masa yg diberikan oleh tuhan... kini Arah dah boleh terima & redha dengan apa yang telah, sedang & akan  berlaku... Redha dengan kehadiran perasaan itu di dalam hatinya...Dahulu, perasan itu membara di seluruh jiwa arah... Arah begitu lemah sekali kerna tidak mampu mengawal perasaan itu... menitis air mata kerana menahan perasaan rindu yang membekam di dada... Arah pernah mengelilingi suasana – suasana di arena bumi untuk mencari apakah keburukan insan yang bernama Paan supaya diri arah tidak lagi mengingatinya...Arah bagaikan sudah sedia terima paan seadanya tanpa syarat dan tidak lagi terbuka mata hatinya untuk melihat insan yang lebih baik dari Paan...Namun begitu, kini setelah diteliti bertahun tahun, lama kelamaan  muncul satu alat kawalan itu dalam dirinya... rasa itu sudah semakin biasa...tiada lagi ingatan yang luar biasa hingga menitis mata menahan ombak rindu... Arah rasa bertuah kerana dpt mencubit rasa hati supaya tidak mengingati insan yang belum sah & layak untuk dihargai serta disanjungi di dalam hati... 

Rabu, 27 Julai 2011

Lagu Gemuruh



Lirik/Tajuk Lagu: Gemuruh (OST MyStarz)
Penyanyi/Artis: Faizal Tahir (OIAM)
Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi Segalanya pasti kan terbukti nanti...
lagu ini merupakan lagu tema semasa kem motivasi anjuran alumni Mahaad Mahmud Langkawi di Sekolah Menengah Tunku Putra, Langkawi...sebuah lagu yang boleh menaikkan semangat para peserta...yang paling bestnya lagu ini ada gaya tersendiri..okay gaya lagu ini tak la seperti persembahan adik2 tahun 6 yang saya tunjukkan link videonya...
sebab gaya lagu ini dilakukan oleh Amirul Fahmi sebagai timbalan pengarah program...

CERPEN REKAANKU (tiada kaitan antara yang hidup & yang telah mati)


Bismilllahirahmanirahim...Suasana di cafe sangat kecuh dengan kehadiran hus...woi paan...eh assalamualaikum ...ang nak tahu tak tadi aku jumpa sapa kat surau...makin comel la peminat ang paan...kawan sebelah paan menyelah & menyapa...ala paan memang la... dengan kehadiran peminat-peminat itu satu perkara yang biasa...yang luar biasanya dia bercinta dengan peminat dia...ang ni pun hus...kecoh jaa...masalahnya cain...peminat paan sejak sekolah menengah dulu dah jadi satu universiti dengan paan...jodoh apa...kata hus sambil ketawa berdekah2...eh hus nama peminat paan tu sapa...nak tau jugak sapa..nama nya org panggil arah nama sebenar ang tya la paan...hehe...aku xingat la nama dia apa...dia yg minat aku bukan aku yg minat dia...maleh aku nak layan cintan cintun nii...habis2 jiwang hati sengsara gak...cewah cara paan cakap kan hus mcm org dh biasa berpacaran...em..maleh aku dh la nak balik joging...jom sapa nak berjoging ikut aku...situasi bagi arah pula  kehidupan di universiti baru akan memberi cabaran kepadanya...ya la...lecturer baru xkenai lagi hati budinya macam mana...nak kena cari lecturer yg senang ckit tuk berbincang tuk wat tesis nanti...lepas tu dugaan yang akan bakal melanda apabila terserempak dengan insan yang bernama paan...

mcm mana la agaknya..berdebar2 x jantung aku...dah la td  baru jumpa dengan kawan paan  si hus...kalu  dengan paan mcam mana???tiba-tiba roomate datang dan melihat arah yang sedang termenung di dalam bilik rumah sewa ..roomate ni pernah jadi satu roomate dengan arah semasa di universiti lama...amboi termenung jauh nampak teringatkan kenangan silam ka...ish xda la...dah ...jikalau org xsuka xapa...tapi janganlah kau mengata...jikalau kau xsuka xapa biarlah ku undur diri...mungkin kau rasa aku xsepadan dengan dirimu...walaupun terguris hati ini hingga menitis air mata ini..namun semuanya tidak beerti bagimu...jikalau orang tak suka tak apa, tuhan masih menyayangiku...mungkin satu hari nanti akan tiba jodohku dengan orang yang ikhlas cintanya...ayat ko memang xtahan arah...jiwang2...ala ni lirik lagu yg da kena mengena ckit dengan diri aku...tapi itu dulu...sekarang aku datang sini tuk buka lembaran baru..tutup buka lama...wawasan diri penuhi  di dada dengan ilmu...wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat.. kuat usaha jujur dan amanah sentiasa mengharap keredhaan Allah...umat islam harus cemerlang...hari ini mesti lebih baik dari semalam...umat islam sentiasa BOLEH...bersambung;-)

Khamis, 21 Julai 2011

Segenggam Tabah


Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya...